Zikir Kanak Kanak

Ketenangan hati nurani adalah nikmat yang sangat mahal yang diingini oleh setiap manusia. Allah Subhanahu Wata'ala telah berkata di dalam Al-Quran kepada insan-insan bahawa kemulian dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi dengan berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Berzikir atau zikir Allah adalah merupakan ibadah bagi kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa ialah merupakan mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir melambangkan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap waktu dan tempat dengan cara-cara yang diajar oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala menyebabkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga ialah satu usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya

Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.


Public Last updated: 2021-11-27 12:44:15 PM