Zikir Kanak Kanak

Kerendahan jiwa merupakan nikmat yang sangat mahal yang ditargetkan oleh setiap jiwa. Allah Subhanahu Wata'ala telah menjanjikan di dalam Al-Quran kepada insan-insan bahawa kemulian dan ketenteraman jiwa itu boleh diperolehi melalui berzikir mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Berzikir atau zikir Allah ialah merupakan ibadah bagi kita mengingati Allah Subhanahu Wata'ala dengan memuji kebesara seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya sama ada dilakukan dengan hati ataupun dengan lisan. Ia merupakan ibadah yang dituntut melakukannya pada setiap masa.

Adapun pengertian zikir dari segi Bahasa adalah merupakan mengingati. Manakala dari segi istilah pula zikir adalah merupakan mengingati Allah Subhanahu Wata'ala pada setiap masa dan tempat dengan cara-cara yang diajar oleh syarak sama ada dengan ucapan, perbuatan atau dengan hati.

Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala mengakibatkan seseorang melakukan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah Subhanahu Wata'ala juga ialah merupakan satu usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala, dan Allah Subhanahu Wata'ala juga memerintahkan kepada hambaNya untuk sentiasa mengingatinya

Untuk kanak kanak ada channel youtube yang membuat video zikir kanak kanak yang menarik dan sedap didengar. Semoga semua murid dapat mendengar zikir ini dengan teliti.


Public Last updated: 2021-11-27 01:37:48 AM